My Add

Friday 19 July 2013

Gempa bumi 5.3 skala Richter gegar New Zealand

WELLINGTON, JUMAAT, 19 Julai, 2013: Satu gempa bumi berukuran 5.3 pada skala Richter menggegarkan ibu negara New Zealand hari ini.

Gempa mencetuskan panik dalam kalangan pekerja pejabat ekoran dua menara bergoyang dan penggera berbunyi, tetapi tidak menyebabkan sebarang kerosakan atau kecederaan.

Gempa berlaku pada pukul 9.06 pagi ini (5 pagi waktu Malaysia) dengan pusat gempa terletak kira-kira 46 kilometer ke barat daya Wellington, pada kedalaman 16 kilometer di bawah tanah, menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS). - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment