My Add

Saturday 27 July 2013

Gempa bumi kuat di South Sandwich Islands

KUALA LUMPUR , SABTU, 27 Julai, 2013: Gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter melanda kawasan South Sandwich Islands pada 5.33 pagi ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Pusat gempa bumi itu terletak di 58.0 darjah selatan dan 24.1 darjah barat, 3,845km tenggara dari Puerto Montt, Chile dan 12,250km barat daya Pontian, Johor, kata jabatan itu dalam satu kenyataan.

“Tiada ancaman tsunami. Jabatan Meteorologi Malaysia sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan maklumat terkini," kata kenyataan itu. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment