My Add

Tuesday 23 July 2013

Gempa bumi lemah berlaku dekat Kudat

KOTA KINABALU, SELADA, 23 Julai, 2013: Satu gempa bumi lemah bermagnitud 3.6 pada skala Richter dilaporkan berlaku berhampiran Kudat, bahagian pantai utara Sabah pada kira-kira pukul 9.14 pagi hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini, pusat gempa bumi terletak di 6.8 (darjah) Utara dan 117.1 (darjah) Timur iaitu kira-kira 377 kilometer barat daya dari Palawan, Filipina dan 11km dari Pitas, Sabah.

Gegaran turut dirasai di Pitas, Sabah.

Jabatan itu sedang memantau keadaan dan akan memaklumkan maklumat terkini. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment