My Add

Wednesday 24 July 2013

Gempar penutup mesin deposit wang terbuka

GEORGE TOWN, RABU, 24 Julai, 2013: Pihak polis terpaksa menjalankan siasatan selama tiga jam berikutan mesin deposit wang sebuah bank di Jalan Datok Keramat di sini didapati terbuka pada bahagian atasnya dengan satu anak kunci masih tergantung di mesin itu.

Polis yang meronda di kawasan bank berkenaan pada mulanya menyangka mesin itu sudah dirompak.

Namun Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd Nasir Salleh, berkata kejadian jam 10.30 malam itu adalah berpunca dari kecuaian pihak petugas keselamatan yang gagal mengunci semula peti itu.

"Kita sudah meneliti rakaman CCTV (kamera litar tertutup) yang dipasang di bank berkenaan dan mendapati petugas keselamatan tergesa-gesa meninggalkan mesin itu selepas membuat sesuatu padanya sehingga terlupa menutup dan mengunci mesin itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, tiada sebarang pengawal keselamatan yang bertugas di ruang mesin juruwang automatik (ATM) bank itu ketika polis tiba di tempat kejadian. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment