My Add

Wednesday 17 July 2013

Geng Yo aktif edar dadah di Tanah Merah tumpas

Oleh YATIMIN ABDULLAH

KOTA BHARU, SELASA, 16 Julai, 203: Polis Kelantan menumpaskan sindiket pengedaran dadah dikenali sebagai Geng Yo yang aktif di sekitar Tanah Merah dalam serbuan di dua lokasi semalam.

Dalam kedua-dua serbuan itu, polis turut menahan lima lelaki termasuk dalang kumpulan berkenaan yang berusia antara 19 hingga 37 tahun.

Ketua Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, dalam serbuan pertama di sebuah rumah di Taman Desa Melati, Jalan Tepi Sungai di sini semalam, empat lelaki berusia antara 24 hingga 37 ditahan.

Beliau berkata, polis merampas 198 biji dadah Eramin 5, satu peket dan tiub syabu, empat biji pil kuda dan satu tiub serbuk dadah yang sama, kesemuanya dianggarkan berjumlah RM3,200.

Menurutnya, polis turut merampas wang tunai RM52,000 serta menyita empat buah kenderaan termasuk Perodua Kelisa, Range Rover dan Honda yang dianggarkan berjumlah RM128,000.

"Tiga daripada suspek memiliki rekod jenayah lampau. Suspek berusia 37 merupakan dalang sindiket itu yang memiliki 10 rekod jenayah termasuk di Kuala Terengganu dan pernah dibuang daerah.

"Dalang sindiket ini juga pernah menjalani hukuman di Penjara Machang dan kemudian memilih untuk menetap di Tanah Merah serta mewujudkan rangkaian pengedaran dadah," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri hari ini.

Tambahnya, susulan tangkapan empat suspek itu, polis menahan seorang remaja berusia 19 tahun di sebuah stesen minyak di Mukim Maka, Jalan Pasir Mas-Tanah Merah kira-kira pukul 5 petang semalam. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment