My Add

Tuesday 9 July 2013

Guru ditembak bermotifkan dendam?

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB

KOTA BHARU, SELASA, 09 Julai, 2013: Polis tidak menolak kemungkinan balas dendam adalah motif di sebalik kejadian seorang guru penolong kanan maut ditembak selepas bertugas di Sekolah Kebangsaan (SK) Beris Panchor di sini semalam.

Hashim Mat Zain, 43, berkemungkinan ditembak oleh penjenayah yang diupah oleh mereka yang tidak berpuas hati dengannya.

Sehubungan itu Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya sedang giat mengumpulkan maklumat mengenai kejadian itu dalam usaha mengesan penjenayah yang terlibat.

"Berdasarkan maklumat awal, polis percaya motif pembunuhan guru ini ada kaitan dengan balas dendam. Siasatan awal juga mendapati mangsa menjalankan pelbagai perniagaan antaranya balak, jualan langsung dan kontrak kantin sekolah," katanya.

Beliau ditemui selepas majlis perjumpaan bulanan dan Penubuhan Jabatan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment