My Add

Friday 19 July 2013

Guru ditembak mati tiada rekod jenayah - Polis

SUNGAI PETANI, JUMAAT, 19 Julai, 2013: Polis mengesahkan K. Shanmugam, 45, guru yang mati ditembak dalam kejadian di Simpang Empat Keladi, Kulim semalam, tidak memiliki sebarang rekod jenayah.

Ketua Polis Daerah Kulim, Supritendan Ghuzlan Saleh bagaimanapun berkata, mangsa pernah dipanggil bagi membantu siasatan berhubung satu kes samun di daerah tersebut pada tahun lalu.

"Mangsa tiada sebarang rekod jenayah. Dia hanya pernah ditahan untuk bantu siasatan satu kes samun tetapi dibebaskan selepas didapati tidak terlibat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kejadian pukul 12.25 tengah hari semalam, Shanmugam maut selepas ditembak dua lelaki di Simpang Empat Keladi ketika memandu ke sekolahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Berapit, Bukit Mertajam.

Menurut Ghuzlan, polis masih menyiasat daripada pelbagai sudut termasuk motif dendam antara mangsa dengan pihak lain.

"Buat masa ini belum ada suspek ditahan dan polis akan meneruskan siasatan termasuk memanggil beberapa saksi untuk memberikan keterangan," katanya. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment