My Add

Monday 15 July 2013

Harga ayam di pasar basah lebih tinggi

 * SEORANG peniaga, Mohammad Shahrul Basir sibuk melayan pelanggannya semasa tinjauan harga ayam segar di Pasar Borong Selayang, Selangor, kelmarin.
KUALA LUMPUR, AHAD, 14 Julai, 2013: Harga ayam di pasar-pasar basah di kebanyakan tempat didapati lebih tinggi berbanding dengan ayam yang dijual di pasar raya di seluruh negara.

Laman www.1pengguna.com di bawah ruang 'Pricewatch' menunjukkan harga ayam termurah sekitar RM5.69 sekilogram hingga RM5.99 di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kedah, Melaka, Perak, Pulau Pinang dan Selangor.

Sementara itu, ayam di pasar-pasar basah di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kedah, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Terengganu dijual pada harga sekitar RM9 hingga RM9.80.

Harga ayam sejak seminggu lalu dilaporkan tinggi malah melebihi paras siling sehingga menimbulkan keresahan para pengguna.

Ekoran itu Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kelmarin membenarkan bahagian-bahagian ayam dari China diimport berkuat kuasa serta-merta selepas negara itu diisytiharkan bebas daripada penyakit selesema burung atau H9N7.

Selain itu, penternak ayam tempatan juga dilaporkan telah meningkatkan pengeluaran daripada kira-kira 1.4 juta ekor ayam sehari kepada 2.2 hingga 2.4 juta ekor sehari untuk memenuhi permintaan tinggi menjelang perayaan Aidilfitri.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran menyambung import bahagian ayam dari China bakal mengurangkan kebergantungan terhadap ayam tempatan sekali gus membantu menurunkan harga ayam yang melonjak - UTUSAN

No comments:

Post a Comment