My Add

Friday 19 July 2013

Harga ayam standard ditetapkan RM7.70 sekilogram

Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH

 * HASAN Malek menunjukkan jenis ayam harga siling yang ditetapkan ketika mengumumkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2013 di Putrajaya hari ini. - UTUSAN
PUTRAJAYA, JUMAAT, 19 Julai, 2013: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hari ini menetapkan harga ayam standard pada kadar RM7.70 sekilogram semasa skim kawalan harga musim perayaan tahun ini.

Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata, harga tersebut yang turun sebanyak 70 sen daripada harga purata runcit akan dilaksanakan selama 17 hari bermula 26 Julai ini.

"Skim ini akan berakhir pada 11 Ogos iaitu hari raya ketiga dan dilaksanakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

"Pada tahun ini pihak kementerian telah mengenal pasti sebanyak 20 jenis barangan untuk ditentukan harga maksimum di bawah skim ini,’’ katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment