My Add

Thursday 11 July 2013

Harimau Muda ke suku akhir Sukan Universiti Dunia 2013 Kazan

KUALA LUMPUR, KHAMIS,, 11 Julai, 2013: Skuad bimbingan Ong Kim Swee berjaya mara ke suku akhir Sukan Universiti Dunia 2013 Kazan apabila Itali hanya mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Great Britain.

Ini bermakna skuad Harimau Muda berada di tempat kedua di belakang Great Britain selepas mereka mencatat satu kemenangan dan satu kalah, sambil berbekalkan dua jaringan serta dua bolos.

Berbeza dengan Itali yang hanya menjaringkan satu gol sahaja dan dua bolos. Mereka tewas 0-2 kepada Harimau Muda pada perlawanan pertama.

Great Britain yang muncul juara kumpulan juga mencatat sekali menang dan sekali tewas namun mereka hanya bolos satu gol dan telah menjaringkan dua gol. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment