My Add

Friday 12 July 2013

Husam akui laluan sukar di Kuala Besut

Sukar untuk PAS rampas kerusi DUN Kuala Besut: Husam
Add caption
KUALA BESUT, JUMAAT, 12 Julai, 2013: Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mengakui cukup sukar untuk merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut yang dikuasai oleh Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 24 Julai ini.

"Walaupun kita kemungkinan boleh menang kali ini, ia cukup berat untuk dilaksanakan," katanya kepada pemberita di pusat penamaan calon PRK DUN Kuala Besut di sini, pagi ini.

Beliau yang merupakan Pengarah PRK kecil itu bagaimanapun menyatakan untuk memperoleh kejayaan, usaha perlu dilakukan oleh calon dan jentera parti selain kesedaran para pengundi.

Difahamkan pemilihan Husam menerajui kempen kali ini untuk membolehkan jentera dari Kelantan berperanan lebih besar berdasarkan pengalaman mempertahankan Kelantan selama lebih dua dekad. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment