My Add

Friday 26 July 2013

Ibu dan anak berusia dua tahun maut kemalangan

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 26 Julai, 2013: Seorang ibu bersama anak lelakinya berusia dua tahun maut manakala suaminya cedera parah setelah motosikal dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan ngeri di Persiaran Lestari Perdana berhampiran simpang masuk ke Perumahan LP 5, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 11.30 malam itu, motosikal Honda Wave dinaiki mangsa gagal mengelak lalu melanggar sebuah kenderaan jenis Land Rover di hadapannya yang mahu memasuki simpang di kanan jalan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abd. Razak Elias berkata, rempuhan kuat itu menyebabkan ketiga-tiga mangsa tercampak dan mengalami cedera parah.

Beliau berkata, mangsa terbunuh ialah pembonceng motosikal, Siti Norbaiti Hassan, 21, dan anaknya, Muhammad Zulhairie Hafiz Muhammad Zulfikri yang berusia dua tahun.

"Siti Norbaiti terbunuh di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala, manakala Muhammad Zulhairie Hafiz disahkan meninggal dunia pada pukul 2.30 pagi ini di Unit Kecemasan Hospital Serdang juga akibat cedera parah di kepala.

"Suami mangsa, Muhammad Zulfikri Rusli, 22, yang turut mengalami cedera parah masih dirawat di Hospital Serdang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu Land Rover yang mahu memasuki simpang kanan telah dilanggar oleh motosikal dinaiki tiga beranak itu yang datang dari arah bertentangan. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment