My Add

Saturday 27 July 2013

Idris Haron tekad teruskan kecemerlangan, kegemilangan UMNO Melaka

 
MELAKA: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka yang baru, Datuk Idris Haron bertekad meneruskan kecemerlangan serta kegemilangan UMNO negeri ini yang sebelum ini diterajui Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata, segala amanah dan tanggungjawab akan dipikul dengan sebaik mungkin bersama timbalannya Datuk Ahmad Hamzah yang juga Ketua UMNO bahagian Jasin.

"Saya melihat cabaran yang paling dekat adalah untuk memberikan keyakinan kepada ahli-ahli UMNO bahawa dengan usaha, daya dan gerak kerja, kita boleh memberikan pulangan kejayaan kepada Barisan Nasional (BN) negeri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis khatam Al-Quran perdana pelajar sekolah rendah agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pelantikannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka yang diumumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, semalam.

Katanya, beliau akan berusaha menggerakkan jentera di enam bahagian UMNO di negeri ini untuk menambah bilangan pengundi berkualiti yang akan memberikan sokongan penuh kepada BN pada Piliharaya Umum ke-14 (PRU14).

Idris berkata, pihaknya juga mensasarkan untuk menambah bilangan ahli UMNO serta mempertahankan negeri Melaka daripada pembangkang.

"Kita tidak boleh berlengah kerana sasaran ini telah pun diletakkan oleh Presiden parti dengan menyebut bahawa kita sudah tiada masa, gerak kerja PRU14 telah pun bermula," katanya.
Terdahulu, pada majlis itu, Idris menggesa umat Islam agar menerapkan amalan membaca Al-Quran sebagai budaya hidup untuk menjamin kehidupan yang sempurna dan baik.

Katanya, penglibatan ibu bapa dan guru penting untuk menimbulkan keinginan membaca Al-Quran di kalangan kanak-kanak sekaligus menjadikannya sebagai panduan hidup mereka. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment