My Add

Friday 12 July 2013

Ikhwanul Muslimin mungkin diberi jawatan dalam kabinet baru Mesir

KAHERAH, KHAMIS, 11 Julai, 2013: Perdana Menteri Mesir, Hazem al-Beblawi berkata beliau tidak menolak kemungkinan kedudukan Ikhwanul Muslimin dalam barisan kabinet barunya sekiranya calon parti itu layak.

Beblawi, yang baru dilantik Selasa lalu berkata, beliau masih menimbangkan pembentukan barisan kerajaan sementara selepas Presiden, Mohamed Morsi digulingkan oleh tentera, minggu lalu.

“Saya tidak mengehadkan kepada mana-mana parti...jika seseorang dari (Ikhwanul Muslimin) Parti Keadilan dan Kebebasan dan dia layak untuk jawatan (kabinet), ia akan dipertimbangkan," katanya.

“Saya mengambil kira dua kriteria untuk pembentukan kerajaan akan datang, iaitu kecekapan dan kewibawaan," katanya.

Media tempatan memetik rakan rapat kepada Presiden sementara, Adly Mansour berkata bahawa Beblawi akan menawarkan Ikhwanul Muslimin beberapa jawatan dalam kerajaan barunya.

Tawaran itu bagaimanapun ditolak oleh parti Islam itu dan menuntut agar jawatan Morsi dikembalikan, kata jurucakap Ikhwanul Muslimin, Tareq al-Morsi. - AFP/BH

No comments:

Post a Comment