My Add

Friday 19 July 2013

Imigresen tahan GRO warga asing sembunyi dalam bilik kecil

BUTTERWORTH, JUMAAT, 19 Julai, 2013: Jabatan Imigresen Pulau Pinang berjaya membongkar rahsia sebuah premis karaoke yang mempunyai 'bilik kecil di dalam bilik' sebagai tempat menyembunyikan pelayan (GRO) warga asing.

Taktik itu dikesan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan dan karaoke di Jalan Seang Tek, di George Town dekat sini, awal hari ini apabila enam GRO warga asing ditemui berhimpit dalam bilik kecil itu.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Pulau Pinang, Basri Othman, berkata pintu bilik itu telah diubah suai bagi membolehkan mereka masuk dan bersembunyi apabila menerima isyarat daripada penjaga atau tonto jika diperiksa oleh pihak berkuasa.

"Dalam operasi itu, kita menahan lima wanita warga China, dua wanita Vietnam yang bekerja sebagai GRO di premis berkenaan dan seorang lelaki warga Myanmar bekerja sebagai pelayan bar," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Basri berkata, hasil siasatan awal mendapati GRO yang berusia 20 hingga 35 tahun menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Katanya, dalam operasi itu, anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen turut diganggu dan dihalang tonto ketika membuat pemeriksaan di premis terbabit namun tiada kejadian tidak diingini berlaku. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment