My Add

Wednesday 17 July 2013

Inspektor dicari bantu siasatan kes kematian dalam lokap

KUALA LUMPUR, SELASA, 16 Julai, 2013: Polis meminta kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan seorang pegawai polis berpangkat inspektor yang tidak hadir bertugas tanpa kebenaran sejak 15 Jun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, pegawai berkenaan iaitu K.S Hare Krishnan turut dikehendaki bagi membantu siasatan kes kematian seorang tahanan dalam lokap bersangkut kes Tun H.S Lee.

"Pegawai ini bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur tidak hadir bertugas tanpa kebenaran sejak 15 Jun lalu dan turut dikehendaki bagi membantu siasatan kes kematian dalam lokap bersangkut kes Tun H.S Lee," katanya dalam kenyataan hari ini.

Chin Wah berkata, orang ramai mempunyai maklumat mengenai pegawai terbabit boleh menghubungi Bilik Gerakan JSJ, Bahagian Siasatan Khas (D9) IPK Kuala Lumpur di talian 03-21460685.

Katanya, maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi talian hotline RakanCop iaitu 03-2115999, menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 22728 atau mana-mana balai polis berhampiran. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment