My Add

Wednesday 17 July 2013

Jalan Alor bakal jadi syurga makanan antarabangsa

KUALA LUMPUR, SELASA, 16 Julai, 2013: Jalan Alor di kawasan Bukit Bintang di sini yang menjadi tumpuan penggemar pelbagai jenis masakan Cina, bakal dinaik taraf dan dijadikan sebagai ’syurga makan’ bertaraf antarabangsa.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, projek bernilai RM12 juta itu akan bermula November ini dan dijadual siap Ogos tahun depan, membabitkan antaranya penyusunan semula tempat makan dan pengindahan kawasan.

"Untuk itu kita berharap komuniti di Jalan Alor memberi kerjasama dengan mengemukakan pandangan bagi projek menaik taraf kawasan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sesi Mendengar Pandangan bagi Cadangan Menaik taraf dan Pengindahan Jalan Alor, di sini hari ini.

Selain itu katanya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga akan menyediakan tempat letak kereta yang lebih sistematik bagi mengatasi masalah lalu lintas di situ.

Menerusi projek itu juga DBKL akan menyediakan laluan pejalan kaki dan menyusun semula jadual kutipan sampah bagi memastikan tahap kebersihannya sentiasa terjaga, katanya. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment