My Add

Wednesday 17 July 2013

Janda edar dadah untuk sara hidup, ditahan

Oleh SITI ROHAIZAH ZAINAL

SABAK BERNAM, SELASA, 16 Julai, 2013: Kegiatan seorang janda mengedar dadah untuk menampung diri dan seorang anaknya berusia dua tahun terbongkar dalam serbuan di tepi jalan di Bagan Sekinchan dekat sini Sabtu lalu.

Dalam serbuan kira-kira pukul 11.30 malam, wanita berusia 29 tahun itu ditahan ketika sedang menunggu pelanggannya.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Supritendan Nor Mushar Mohamad berkata, pemeriksaan ke atas suspek menemukan satu beg plastik yang mengandungi 12 peket plastik lut sinar berisi dadah heroin seberat 188.7 gram, 10 peket plastik berisi dadah syabu seberat 7.28 gram dan 30 biji pil Eramin 5.

"Polis turut menjumpai wang tunai berjumlah RM10,000 yang dipercayai hasil jualan dadah dan enam telefon bimbit pelbagai jenis.

"Kita percaya suspek tidak bekerja dan hanya mengedar dadah bagi menampung kehidupannya. Hasil ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis morfin," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment