My Add

Thursday 18 July 2013

Jangan ganggu lagi keluarga kami - Suami Nur Idayu

Oleh ZAMZURINA AHMAD

KUANTAN, KHAMIS, 18 Julai, 2013: Suami Nur Idayu Abd. Aziz, 34, memohon pihak media agar tidak lagi menganggu keluarganya bagi memberi peluang kepada isterinya itu berehat setelah hampir sebulan dipukau dan dilarikan empat warga Indonesia ke Surabaya.

Mohd. Riduan Abd. Razak, 34, berkata, dia berharap pihak berkenaan memahami situasi dialami keluarganya itu.

"Saya boleh katakan dia (Nur Idayu) dalam keadaan yang baik berbanding ketika ditemui di Indonesia sebelum ini.

"Saya tidak benarkan dia bercakap kepada media selagi belum pulih sepenuhnya. Saya bercadang meneruskan rawatan susulan selepas dia mendapat rehat yang secukupnya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment