My Add

Wednesday 17 July 2013

Jerebu: Indonesia ratifikasi CO5 akhir tahun ini

Oleh SHEILA RANI CHANDRASEKARAN

KUALA LUMPUR, RABU, 17 Julai, 2013: Indonesia bersetuju untuk meratifikasikan Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (CO5) pada akhir tahun ini atau awal tahun 2014.

Menteri Alam Sekitar Indonesia, Prof. Dr. Balthashar Kambuaya bagaimanapun berkata, perkara ini akan dibincangkan lanjut setelah mendapat persetujuan sebulat suara di Parlimen negara itu.

"Pihak kerajaan sudah menandatangani perjanjian itu namun kami akan berbincang di Parlimen untuk tindakan lanjut, " katanya.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) dan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Peringkat Menteri Sub-Wilayah (MSC) mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan ke-15 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment