My Add

Friday 12 July 2013

Johor sasar lebih ramai pelancong Asia Barat

JOHOR BAHRU, JUMAAT, 12 Julai, 2013: Kerajaan Johor menyasarkan untuk menarik lebih ramai pelancong dari Asia Barat dalam usaha menjadikan negeri itu destinasi pelancongan terkemuka dunia.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Datuk Tee Siew Kiong berkata, usaha difokuskan kepada pelancong Asia Barat kerana keupayaan kewangan mereka untuk berbelanja mewah.

"Gaya hidup, budaya, agama dan makanan mereka hampir sama dengan negeri ini, jadi mereka tidak takut untuk berkunjung ke sini," katanya kepada pemberita selepas perasmian Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) Johor 2013, di sini hari ini.

Siew Kiong berkata, kewujudan taman tema bertaraf antarabangsa seperti Taman Tema Legoland dan Taman Tema Keluarga Puteri Harbour, selain Taman Tema Desaru dan Taman Aktiviti Angry Baird yang bakal dibina, menjadikan Johor terkenal sebagai destinasi hiburan keluarga.

Katanya, sejajar perkembangan sektor pelancongan di Johor, pengusaha juga perlu mengambil inisiatif melatih lebih ramai pemandu pelancong bagi memenuhi permintaan. -BERNAMA

No comments:

Post a Comment