My Add

Thursday 11 July 2013

Jumlah anggota polis masih tidak cukup tangani jenayah

 Teo Nie Ching
KUALA LUMPUR, RABU, 10 Julai, 2013: Jumlah anggota pasukan polis yang terlibat dalam menangani jenayah masih tidak mencukupi di negara ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, biarpun jumlah keseluruhan pegawai dan anggota dalam organisasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) seramai 112,583 orang, namun jumlah itu meliputi mereka yang terlibat dalam kerja-kerja pengurusan.

Jelas beliau, daripada jumlah itu, tiga jabatan di bawah pasukan itu terlibat khusus dalam pembanterasan jenayah iaitu Jabatan Siasatan Jenayah (10,150 anggota), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (4,224) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (1,663).

"Jumlah keseluruhan tiga jabatan ini iaitu 16,037 anggota juga termasuk mereka yang berada di pejabat sebagai kerani dan sebagainya, oleh itu tidak ramai yang betul-betul bertugas khusus menangani jenayah.

"Walaubagaimanapun, perkara ini sedang dibincangkan di peringkat kementerian dan (PDRM) bagaimana untuk mengatur tugas dan tanggungjawab ini supaya lebih realistik dan berkesan," katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Dalam pada itu, menjawab dakwaan Teo Nie Ching (DAP-Kulai) berhubung soalan berkaitan jumlah anggota cawangan khas, Wan Junaidi berkata, tidak semua maklumat berkaitan pasukan itu boleh didedahkan kepada umum.

Menurut beliau, perkara itu turut terpakai di negara luar yang tidak mendedahkan secara spesifik tugas atau jumlah anggota.

"Ini pendekatan pihak polis. Polis juga bersikap berjaga-jaga supaya tidak didedah kepada umum kerana tugas anggota cawangan khas adalah khusus," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment