My Add

Monday 15 July 2013

Kabinet Mesir hampir jadi kenyataan

 * PEMANGKU Naib Presiden Mesir yang baru dilantik, Mohamed ElBaradei (tengah) berjabat tangan dengan pemangku Presiden, Adly Mansour (kanan) di Kaherah semalam.- AFP
KAHERAH, AHAD, 14 Julai, 2013: Pemangku Perdana Menteri Mesir, Hazem Al-Beblawi mengadakan perbincangan lanjut semalam bagi membentuk ahli Kabinet baharu ketika pihak pendakwa raya meneliti kes jenayah terhadap bekas presiden, Mohammed Morsi dan ahli pergerakan Ikhwanul Muslimin.

Al-Beblawi yang diiringi oleh Naib Presiden baharu Mesir, Mohamed ElBaradei memulakan perbincangan bersama calon-calon bagi jawatan Kabinet dengan rundingan diteruskan semalam.

Barisan Kabinet baharu Mesir akan diumumkan sama ada esok atau Rabu ini.

Menurut Al-Beblawi, beliau menjangkakan barisan ahli Kabinet itu nanti akan merangkumi 30 kementerian.

Keutamaan Kabinet baharu tersebut adalah untuk memastikan keselamatan negara, meningkatkan aliran barangan dan perkhidmatan serta persediaan mengadakan pilihan raya parlimen dan presiden.

Al-Beblawi juga telah menetapkan jadual untuk pilihan raya berkenaan pada awal tahun depan.

Sementara itu, pejabat pendakwa raya memberitahu kelmarin bahawa pihaknya sedang menyiasat aduan yang difailkan terhadap Morsi dan beberapa pemimpin Ikhwanul Muslimin termasuk ketuanya, Mohamed Badie.

Aduan tersebut termasuk jenayah mengintip, menghasut melakukan keganasan dan merosakkan ekonomi negara.

Morsi turut dituduh berat sebelah dan lebih mementingkan Ikhwanul Muslimin sehingga menyebabkan ekonomi negara jatuh di samping gagal melindungi kaum minoriti.

Ahli-ahli Ikhwanul Muslimin telah menolak untuk menyertai kerajaan peralihan dengan puluhan ribu penyokong mengadakan tunjuk perasaan pada Jumaat lalu kerana menuntut pemerintahan semula Morsi. - AFP/KOSMO! 

No comments:

Post a Comment