My Add

Thursday 18 July 2013

Kabinet sementara tidak diiktiraf

 * PRESIDEN sementara Mesir, Adly Mansour (tengah) bergambar bersama barisan anggota Kabinet sementara di Istana Presiden, Kaherah, kelmarin. Ikhwanul Muslimin tidak mengiktiraf Kabinet itu yang mengangkat sumpah jawatan dalam satu majlis, kelmarin. - REUTERS
KAHERAH, RABU, 17 Julai, 2013: Pergerakan Ikhwanul Muslimin tidak mengiktiraf Kabinet sementara Mesir yang mengangkat sumpah jawatan dalam satu majlis di sini, semalam.

Pergerakan itu bersama Parti Salafis al-Nour menolak tawaran Presiden sementara Mesir, Adly Mansour supaya kedua-dua parti berkenaan menyertai Kabinet sementara tersebut.

Pergerakan itu menerusi jurucakapnya, Gehad El-Haddad memberitahu AFP bahawa, mereka menolak pelantikan kesemua 35 anggota Kabinet baharu itu.

''Kami tidak mengiktiraf kesahihannya (kerajaan sementara) dan bidang kuasanya,'' katanya.

Majlis angkat sumpah jawatan anggota Kabinet kerajaan sementara Mesir itu dibuat selepas tercetus pertempuran berdarah antara pihak tentera dan penyokong bekas Presiden, Mohammed Mursi.

Jeneral Abdel Fattah al-Sisi yang memainkan peranan menggulingkan Mursi pada 3 Julai lalu dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pertama dan Menteri Pertahanan dalam kerajaan sementara yang diketuai ahli ekonomi liberal, Hazem al-Beblawi.

Menurut seorang pegawai kesihatan, pertempuran di tengah Kaherah dan kawasan bersempadan Giza, malam tadi, menyaksikan tujuh orang terbunuh dan 261 lagi cedera manakala beratus-ratus lagi ditahan.

Pada masa sama, penyokong Mursi menyeru satu demonstrasi besar-besaran diadakan dan mengisytiharkan 'Hari Ketabahan' bagi membantah pembentukan kerajaan sementara yang bermula, hari ini.

Dalam pada itu, jurucakap Presiden sementara, Ahmed al-Muslimani menggesa parti-parti politik Mesir termasuk Ikhwanul Muslimin menyertai usaha perdamaian kebangsaan.

Bagaimanapun, Ikhwanul Muslimin enggan menyertai kerajaan sementara itu yang turut mengandungi tiga menteri wanita dan tiga menteri Kristian Qibti. - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment