My Add

Wednesday 24 July 2013

Kastam Kedah rampas dadah syabu bernilai lebih RM1.8 juta

ALOR SETAR, SELASA, 23 Julai, 2013:: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Kedah rampas dadah jenis syabu bernilai lebih RM1.8 juta dalam dua kes berasingan di sekitar Langkawi, masing-masing pada 20 dan 21 Julai lalu.

Pengarahnya, Datuk Abd Aziz Abdul Latiff berkata, dalam kes pertama pada 21 Julai lalu, sejumlah 4.295 kilogram (kg) syabu dijumpai dalam sebuah bagasi yang ditemui ditinggalkan berhampiran kaunter pengimbas KDRM di jeti Kuah di Langkawi.

Katanya, semua dadah dalam bentuk hablur kristal itu yang dimuatkan ke dalam dua pek plastik hitam ditemui dalam dua ruang rahsia pada beg dokumen yang ditemui dalam bagasi terbabit.

"Bagi kes kedua pula, seorang lelaki warga Afrika ditahan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dari Singapura selepas dadah jenis sama seberat 5.310 kg ditemui dalam bagasi yang dibawa.

"Buat masa sekarang pihak kami sedang menyiasat kaitan antara kedua-dua kes kerana modua operandi digunakan mempunyai persamaan," katanya. - BH

No comments:

Post a Comment