My Add

Wednesday 17 July 2013

Kedah komited bangun 1,000 hektar tanah terbiar

ALOR SETAR, RABU, 17 Julai, 2013: Kerajaan negeri Kedah akan membangunkan kira-kira 1,000 hektar tanah terbiar di seluruh negeri untuk tujuan pertanian.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan Negeri, Datuk Suraya Yaacob berkata, Pejabat Tanah di setiap daerah akan diminta untuk berbincang dengan pemilik tanah dan pihak lain seperti penghulu bagi melaksanakan program tersebut.

"Tanah terbiar boleh diusahakan dengan tanaman seperti nanas misalnya. Ini ekoran Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia memerlukan kira-kira 500 hektar tanah di setiap negeri untuk mengusahakan tanaman itu," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Tiang dekat sini malam tadi.

Katanya, tanah terbiar boleh diusahakan oleh golongan petani muda melalui pemberian subsidi modal oleh Kerajaan Persekutuan sebanyak RM20,000.

"Kalau mereka tidak ada tanah, kita akan beri tanah kira-kira empat hektar untuk mereka bangunkan dengan pelbagai aktiviti pertanian.

"Empat hektar sudah memadai bagi seorang petani muda ini," tambahnya. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment