My Add

Wednesday 10 July 2013

Kekalkan regu terbaik Najib, Muhyiddin

JERAI, SELASA, 09 Julai, 2013: Gandingan mantap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu terus dikekalkan bagi memperkasakan lagi parti dan kepemimpinan negara pada masa akan datang.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pemilihan UMNO kali ini akan menyuburkan lagi demokrasi untuk menjadikan UMNO sebuah parti yang matang, tetapi ramai juga mahu dua jawatan tertinggi disandang dua pemimpin utama itu tidak dipertandingkan.

Kata beliau, kepemimpinan Najib dan Muhyiddin dilihat regu terbaik untuk terus mengemudi UMNO dan juga kerajaan bagi berdepan pelbagai cabaran politik selain membawa Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020.

"Dengan gelombang politik terkini termasuk gelombang parti pembangkang yang sebegitu rupa, sekarang kita perlu satu kesepaduan kepemimpinan yang mampu, cekap dan bijak mentelaah suasana.

"Apatah lagi negara dalam rangka transformasi diatur Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang bakal dicapai pada 2020. Jika transformasi terhenti setengah jalan atau terencat kerana beralih arah kepimpinan, tentu yang rugi bukan parti tetapi seluruh rakyat Malaysia," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan UMNO Cawangan-cawangan, Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Jerai di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment