My Add

Thursday 18 July 2013

Kempen 16-16 Pas gugat masa depan negeri

BESUT, RABU, 17 Julai, 2013: Kempen 16-16 yang dibawa oleh Pas dalam siri kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut adalah pendekatan populis untuk menarik perhatian pengundi.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, orang yang rasional akan menolak kempen yang tidak masuk akal itu kerana ia mahukan sebuah kerajaan yang tergantung dan keadaan yang tidak menentu di negeri ini.

Katanya ini mungkin menyeronokkan pembangkang untuk mereka berpolitik sepanjang masa tetapi memberi kesan kepada rakyat.

"Kempen ini sebenarnya tidak memikirkan masa depan rakyat terutama yang berada di bumi Kuala Besut ini.

"Kita dapat memberikan bantuan hari ini kerana kestabilan, kalau tergantung dan politik sokmo serta dalam keadaan itu ada pula wujud politik menabur fitnah, menyerang peribadi dan mendoakan ketidak tentuan orang ramai negeri tidak akan dapat diuruskan dengan baik," katanya. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment