My Add

Sunday 14 July 2013

Kempen tenang dalam semangat Ramadan

Oleh AZRAN FITRI RAHIM

BESUT, AHAD, 14 Julai, 2013: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut mengekalkan rekod bersih tanpa sebarang insiden yang tidak diingini selepas tiga hari tempoh berkempen secara rasmi berjalan.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Kamaruddin Mohd. Zakaria berkata, kempen kelihatan tenang dalam suasana semangat Ramadan namun pihaknya tetap tidak mengambil mudah aspek keselamatan sepanjang PRK itu berlangsung.

Beliau berkata, sehingga hari ini polis tidak menerima laporan berkaitan apa-apa insiden dan berharap masyarakat di sini serta semua yang terlibat dapat mengekalkannya sehingga 24 Julai ini.

"Semalam kita hanya menerima dua permohonan ceramah politik dan kedua-dua permohonan telah diluluskan serta diberikan permit.

"Penganjur telah mematuhi syarat yang ditetapkan dan tiada insiden tidak diingini berlaku, semoga keadaan tenang ini berterusan sehingga ke hari mengundi," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment