My Add

Sunday 14 July 2013

Kenyataan Marino tidak wajar, boleh gugat perpaduan

KUALA LUMPUR, SABTU, 13 Julai, 2013: Kenyataan Duta Vatican City ke Malaysia, Biskop Joseph Marino yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian di negara menimbulkan kegelisahan awam sekali gus boleh menggugat perpaduan rakyat.

Sambil menyifatkan kenyataan itu tidak wajar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Marino sepatutnya menghormati sensitiviti umat Islam di negara ini.

"Sikap bertoleransi antara agama di negara ini sewajarnya diambil kira mana-mana pihak dalam mengeluarkan kenyataan yang mana boleh ditafsirkan sebagai mengganggu keharmonian antara agama di negara ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Marino dalam wawancara pertamanya dengan sebuah portal berita di negara ini kelmarin menyokong pendirian gereja Katholik di Malaysia berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian di negara ini.

Dalam perkembangan sama, Jamil Khir menegaskan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sudah memutuskan kalimah Allah hanya khusus diguna pakai umat Islam di negara ini dan tidak wajar disalahgunakan mana-mana pihak.

"Sekarang ini perkara itu masih di peringkat Mahkamah Rayuan. Sehubungan itu, saya menasihatkan semua pihak tidak mempolemikkan isu kalimah Allah ini sehinggalah diputuskan di mahkamah kelak," katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment