My Add

Friday 12 July 2013

Keputusan TPPA bergantung ekonomi Bumiputera

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 12 Julai, 2013: Keputusan kerajaan untuk menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) adalah bergantung kepada dasar perlindungan ekonomi Bumiputera.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, selain faktor tersebut, penyertaan dalam TPPA juga bergantung kepada keputusan kerajaan-kerajaan negeri serta Perlembagaan.

Beliau berkata, kerajaan masih belum memuktamadkan untuk menyertai TPPA setakat ini.

"Kerajaan akan terus mengekalkan pendirian bagi menjaga dasar negara dan hak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam TPPA," katanya. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment