My Add

Friday 12 July 2013

Kerajaan belum buat keputusan semakan semula tarif elektrik - Maximus

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 11 Julai, 2013: Kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan berhubung semakan semula tarif elektrik, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Beliau bagaimanapun berkata, sebarang kenaikan tarif elektrik adalah bergantung kepada kenaikan kos bahan api.

"Pada masa ini kami (kerajaan) belum membuat sebarang keputusan mengenai semakan tarif elektrik secara jujurnya dan proses mengkaji semula masih berjalan.

"Kami perlu melihat perkara ini secara rasional, terutama membabitkan kos bahan api," katanya pada sidang media selepas pelancaran Indeks Bangunan Hijau Bagi Pembinaan Kediaman Versi Ketiga, di sini, hari ini. - BH

No comments:

Post a Comment