My Add

Saturday 13 July 2013

Kerajaan perlu tegas panggil Marino

KUALA LUMPUR, SABTU, 13 Julai, 2013: Kerajaan digesa mengambil tindakan tegas dengan memanggil Duta Vatican City ke Malaysia, Bishop Joseph Marino untuk `disoal siasat’ berhubung kenyataannya menyokong penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di negara ini.

Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Malaysia (Perkasa), Datuk Zulkifli Noordin berkata, Marino juga mungkin lupa mengenai undang-undang antarabangsa khususnya Konvensyen Vienna yang menegaskan wakil-wakil asing supaya bertanggungjawab untuk tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman sesebuah negara.

``Itu adalah standard yang diamalkan oleh mana-mana negara,’’ katanya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment