My Add

Monday 15 July 2013

Kesabaran umat Islam terus diuji pada awal Ramadan

KUALA LUMPUR, AHAD, 14 Julai, 2013: Kesabaran umat Islam terus diuji awal Ramadan ini selepas beberapa laman mengutuk agama itu terus menjadi-jadi dengan penghinaan seperti menggalakkan pemakanan babi untuk berbuka puasa serta kutukan terhadap Nabi Muhammad SAW dan Allah SWT.

Tidak cukup dengan tindakan pasangan porno amatur Alvin Tan dan Vivian Lee tentang juadah bak kut teh untuk berbuka puasa, beberapa pemilik akaun Facebook dengan pelbagai nama samaran dipercayai bagi melindungi identiti masing-masing semakin berani mengutuk Islam.

Apa yang menjadi persoalan ialah kelewatan pihak berkuasa antaranya Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan tegas serta meyakinkan bagi menangani isu-isu sensitif tersebut.

Sebagai contoh, pengguna akaun Facebook 'Izlam is Shit Always' yang diwujud sejak 11 April lalu dan dipercayai beroperasi di luar negara secara berterusan mengutuk Nabi Muhammad SAW dengan gelaran menghina sekali gus mengundang pelbagai komen pengguna laman sosial itu terutama beragama Islam.

Selain itu, modus operandi serta provokasi pemilik akaun tersebut terhadap umat Islam juga dilihat serupa dengan 'lawak' Alvin dan Vivian selepas menyifatkan hidangan babi sebagai sesuatu yang halal dimakan penganut Islam.

Paling biadab, pemilik akaun itu turut menggelarkan para penganut Islam sebagai 'tikus'.

"Kesemua tikus melayari (akaun ini) lebih banyak daripada biasa. Tentu kerana berpuasa. Hidangan bakon (babi salai) untuk mereka berbuka puasa akan menjadikan mereka insan yang lebih baik tetapi mereka semuanya tidak baik, setiap seorang daripada mereka (tidak baik)," katanya menerusi komen yang disiarkan dalam laman Facebooknya.

Dalam pada itu, gambar serta keterangan gambar pemilik akaun tersebut turut mengundang pelbagai kritikan dan kata-kata kesat pengguna beragama Islam lain yang ternyata tidak dapat bersabar selepas berbalas komentar dengan pemilik berkenaan.

Di sebalik kemarahan tersebut, seorang pengguna 'Mohamad Mughniy' menasihati umat Islam lain tidak melayan provokasi pengendali akaun berkenaan yang disifatkannya sakit jiwa dan memerlukan terapi.

"Kepada kesemua rakan Muslim, jangan membuang masa anda menghamburkan kebencian kepada pengendali ini," katanya.

Pemilik akaun mengutuk Islam itu turut mengingatkan para pelayar internet melawati akaun yang dipercayai pendua dengan nama 'Bacon Jihad' sekiranya akaun 'Izlam is Shit Always' terpaksa ditutup. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment