My Add

Thursday 18 July 2013

KJ: Ujian saringan atlet Sukma kuatkuasa 2014

KUALA BESUT, RABU, 7 Julai, 2013: Kementerian Belia dan Sukan akan meminta Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) mengemukakan kertas kerja dan protokol mewajibkan atlet Sukan Malaysia (Sukma) menjalani ujian saringan secara rambang
bermula dengan temasya di Perlis tahun depan.

Menterinya Khairy Jamaluddin berkata Adamas akan diminta menjalankan ujian pernafasan untuk mengesan kandungan alkohol dalam badan serta doping secara rambang ke atas atlet.

"Saya rasa kita sudah sedia untuk melaksanakannya pada Sukma Perlis nanti dan Sukma seterusnya. Setakat ini tahap disiplin (atlet) dan keselamatan agak membimbangkan dan kita akan mengambil langkah pencegahan bagi mengelakkannya daripada berulang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui berkonvoi motosikal bersama hampir 100 Pemuda BN melawat rumah-rumah pengundi muda dan beramah mesra di Kampung Seberang Barat di sini.

Khairy berkata ujian secara rambang itu bagi memastikan insiden dakwaan rogol yang berlaku semasa Sukma 2013 di Perkampungan Sukan di Universiti Putra Malaysia (UPM), yang dikaitkan dengan pengambilan minuman alkohol oleh atlet, tidak berulang. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment