My Add

Saturday 13 July 2013

KLIA2 jadi lapangan terbang hibrid

Oleh FAZRINA AYU RADUIAN
 
 * AB. AZIZ Kaprawi (kiri) dan Ignatius Ong bergambar di hadapan pesawat ATR 72-600 di Subang Skypark, Subang, semalam.
PETALING JAYA, JUMAAT, 12 Julai, 2013: Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCC) KLIA2 akan menjadi lapangan terbang hibrid pertama di negara ini yang menggabungkan perkhidmatan tambang murah dan premium kelas perniagaan dalam satu terminal.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab. Aziz Kaprawi berkata, langkah menaik taraf perkhidmatan kelas perniagaan di lapangan terbang itu dilakukan atas permintaan AirAsia.

“KLIA2 juga mempunyai pengasingan ketibaan dan berlepas penumpang antarabangsa yang menjadikan pembinaan bangunan dua kepada tiga tingkat itu meningkat kepada RM4 bilion.

“Pengasingan itu juga adalah untuk mengukuhkan keselamatan dan menangani isu penyeludupan manusia," katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar selepas merasmikan penerbangan sulung pesawat ATR72-600 Firefly diSubang dekat sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, Ignatius Ong.

Kos pembinaan KLIA2 telah meningkat daripada harga asal RM2 bilion kepada RM4 bilion.

Dalam laporan terdahulu, beliau berkata, Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) terpaksa melayan semua permintaan AirAsia dalam pembinaan KLIA2 memandangkan syarikat penerbangan itu merupakan operator terbesar di terminal itu sehingga menyebabkan peningkatan kos tetapi ia masih munasabah.

Antara perubahan yang terpaksa dilakukan demi memenuhi tuntutan tersebut adalah memanjang dan melebarkan landasan ketiga bagi menampung pendaratan pesawat Airbus A380 yang kini dalam perancangan pembelian oleh AirAsia.

AirAsia juga menuntut perubahan pada bangunan terminal, sistem pengurusan bagasi dari semi automatik kepada automatik serta penambahan pintu pelepasan dan ketibaan daripada 50 kepada 68 buah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment