My Add

Saturday 27 July 2013

Korea Utara sambut ulang tahun ke-60 gencatan senjata Perang Korea

SEOUL, SABTU, 27 Julai, 2013: Korea Utara hari ini mengadakan perarakan tentera besar-besaran sempena menyambut ulang tahun ke-60 gencatan senjata Perang Korea sambil disaksikan pemimpin tertinggi negara, Kim Jong-Un.

Ribuan tentera dan penonton bersorak “Lindungi Kim Jong-Un dengan nyawa kami” apabila pemimpin muda itu muncul di pentas utama, sambil diiringi anggota tertinggi parti dan pemimpin tentera di dataran Kim Il-Sung, Pyongyang.

Upacara dimulakan dengan ribuan anggota tentera berarak ke dataran berkenaan.

Sementara itu, Jong-Un yang memakai sut Mao berwarna gelap, menerima tabik hormat oleh barisan tentera sambil diiringi muzik pancaragam. - AFP/BH

No comments:

Post a Comment