My Add

Wednesday 17 July 2013

KPWKM, PLUS bendung pengemis kanak-kanak di R&R

KUALA LUMPUR, RABU, 17 Julai, 2013: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bekerjasama dengan Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) untuk membendung kes kanak-kanak mengemis di pusat rehat dan rawat (R&R) seluruh negara.

Timbalan Menterinya, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, PLUS akan sentiasa memantau keadaan di setiap kawasan R&R dan sekiranya ada aduan orang awam, PLUS akan menyelamatkan kanak-kanak tersebut sebelum menyerahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan seterusnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (BN-Kota Tinggi) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Azizah berkata dari 2008 hingga 2012, pihaknya telah menyelamatkan 232 kanak-kanak daripada terus dieksploitasi termasuk dijadikan peminta sedekah. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment