My Add

Saturday 13 July 2013

Kuala Besut lokasi pertama bomba bina PPRT untuk mangsa kebakaran

KUALA BESUT, SABTU, 13 Julai, 2013: Kampung Pok Kolok dalam Kampung Nail di sini dipilih sebagai lokasi pertama Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) untuk mangsa kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menggunakan teknologi Sistem Pembinaan Berindustri (IBS).

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, pembinaan rumah PPRT menggunakan kaedah IBS lebih mudah dan hanya mengambil masa tujuh hari untuk disiapkan dengan kos RM30,000 seunit.

"Pembinaan rumah ini bermula hari ini dan dijangka siap pada 23 Julai nanti.

Ini akan menjadi permulaan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri membina rumah PPRT di bawah Strategi Lautan Biru," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak rumah mangsa kebakaran milik keluarga Ramli Jusoh yang akan dibina menerusi program itu menggunakan teknologi IBS, hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Md Salleh Sarbini serta calon Barisan Nasional Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment