My Add

Saturday 13 July 2013

Kuala Besut model pengendalian PRK

BESUT, JUMAAT, 12 Julai, 20113: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan merakam pengurusan perjalanan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut untuk dijadikan model dan rujukan pada masa depan.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, rakaman itu akan digunakan SPR sebagai latihan kepada pegawai-pegawainya dalam pengendalian pilihan raya umum akan datang.

Malah, beliau tidak menolak kemungkinan menghantar rakaman itu kepada media untuk dipertonton kepada umum mengenai perjalanan sebenar pilihan raya negara supaya tidak lagi terus tertipu dengan dakwaan tidak berasas.

"Kita mahu PRK ini menjadi model, sebab itu apa yang berlaku hari ini sehinggalah ke tempoh berkempen, penjumlahan undi dan pengisytiharan keputusan nanti, semuanya akan dirakam," katanya.

Mengulas proses penamaan calon hari ini, Wan Ahmad berkata, secara keseluruhannya ia berjalan lancar tanpa sebarang provokasi melampau mana-mana pihak berkemungkinan kerana menghormati Ramadan. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment