My Add

Friday 12 July 2013

Kumpulan Perbankan RHB lantik Pengarah HR baharu

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 11 Julai, 2013: RHB Banking Group telah melantik Jamaluddin Bakri sebagai Pengarah Sumber Manusia Kumpulan yang baharu, yang akan bertanggung jawab menguruskan fungsi keseluruhan sumber manusia kumpulan itu.

Ini termasuk perancangan strategik dan pembangunan organisasi, pembangunan modal insan, serta pengurusan prestasi bagi RHB Banking Group, demikian menurut RHB Capital Bhd. dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jamaluddin, yang memegang MBA Sumber Manusia dari University of Hull, United Kingdom dan mempunyai latar belakang Kejuruteraan Mekanikal, mempunyai pengalaman antarabangsa lebih 19 tahun di dalam kesemua aspek fungsi Sumber Manusia.

Sebelum menyertai RHB Banking Group, beliau merupakan Ketua Kumpulan Sumber Manusia IHH Healthcare Bhd.

Jamaluddin turut berkhidmat selama 14 tahun dengan Microsoft sebagai Pengarah Sumber Manusia Serantau bagi Perkhidmatan Asia. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment