My Add

Thursday 11 July 2013

Kuwait tawar bantuan kecemasan sebanyak AS$4 bilion kepada Mesir

KUWAIT CITY, KHAMIS, 11 Julai, 2013: Kerajaan Kuwait menawarkan bantuan kecemasan bernilai AS$4 bilion (RM12 bilion) kepada Mesir, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan bantuan yang disalurkan menjadi AS$12 bilion (RM36 bilion) sejak Presiden Mohammed Mursi digulingkan.

Menteri Dalam Negeri untuk Hal Ehwal Kabinet, Sheikh Mohammad Abdullah al-Sabbah berkata, anggota Kabinet Kuwait meluluskan pakej bantuan berkenaan untuk disalurkan kepada kerajaan Mesir selepas mendapat arahan daripada Emir.

Jelasnya, pakej bantuan itu merangkumi bantuan kerajaan bernilai AS$1 bilion (RM3 bilion), bantuan deposit bank pusat Mesir sebanyak AS$2 bilion (RM6 bilion) dan bantuan produk minyak berjumlah AS$1 bilion (RM3 bilion). - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment