My Add

Wednesday 10 July 2013

Labuan catat penurunan kes jenayah

LABUAN, SELASA, 09 Julai, 2013: Labuan mencatatkan penurunan besar dalam jumlah kes jenayah bagi enam bulan pertama tahun ini dengan hanya 34 kes dilaporkan berbanding 126 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Ketua Polis Labuan, Supritendan Adzhar Othman berkata, antara jenayah yang dilakukan adalah pecah rumah, termasuk di kampung dan kawasan perumahan, namun kepolisan masyarakat berjaya mengurangkan insiden ini.

"Kebanyakan penjenayah ini bukan anggota mana-mana sindiket tetapi hanyalah disyaki penagih dadah," katanya kepada Bernama.

Adzhar menegaskan, keseluruhannya, tahap keselamatan di pulau ini masih terkawal. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment