My Add

Saturday 13 July 2013

Lanun samun kapal kargo di perairan Tioman

KUANTAN, JUMAAT, 12 Julai, 2013: Sekumpulan lanun yang dianggotai lapan lelaki bertopeng merompak sebuah kapal kargo mengakibatkan kerugian berjumlah RM174,648 di perairan Pulau Tioman dekat Rompin awal pagi kelmarin.

Ketua Penguat kuasa Daerah Maritim 8 (Kuantan), Kapten Maritim Ab. Aziz Idrus berkata, ketika kejadian, kapal kargo yang membawa muatan bitumen itu dalam perjalanan kePelabuhan Kemaman, Terengganu.

"Kumpulan lanun yang bersenjata pistol dan pisau itu yang dipercayai menaiki bot laju sebelum menghampiri kapal kargo berkenaan.

"Tiga daripada mereka masuk ke bahagian dek kawalan dan mengacu senjata tajam itu kepada kapten dan anak kapal," katanya di sini semalam. - KOSMO!

No comments:

Post a Comment