My Add

Monday 22 July 2013

Lebih mudah jika tiga parti Cina bergabung - Tun Mahathir

 *  TUN Dr. Mahathir Mohamad mencuba songkok kegemarannya sambil diperhatikan pemilik kedai Songkok Style Tun, Sardi Dahar (kanan) ketika hadir membeli belah di kompleks Pekan Rabu, Alor Setar hari ini. - UTUSAN/KAMAL BASIR
ALOR SETAR, ISNIN, 22 Julai, 2013: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad percaya penggabungan Gerakan, MCA dan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) menjadi satu parti baharu mampu menarik semula sokongan kaum Cina terhadap Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, penggabungan itu memudahkan gerak kerja untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada parti yang didominasi kaum Cina dalam BN berbanding dibuat secara berasingan.

''Penggabungan itu tidak mengapa, kita boleh tengok kerana parti Melayu pun satu sahaja dalam BN. Saya fikir kalau boleh dia bersatu senanglah sikit, kalau tidak, masing-masing tarik sokongan,'' katanya ketika ditemui pemberita ketika membeli-belah di Pekan Rabu di sini hari ini.

Kelmarin, Pemangku Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn berkata, parti itu, MCA dan SUPP akan mengadakan perbincangan rasmi tentang pembentukan satu parti baharu yang berasaskan kaum Cina.

Perbincangan yang julung-julung kali diadakan itu menjurus kepada kepentingan mewujudkan satu entiti parti kaum Cina menggabungkan kesemua parti Cina dalam BN. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment