My Add

Friday 19 July 2013

Lelaki amuk bunuh dua orang di China

BEIJING, JUMAAT, 19 Julai, 2013: Seorang lelaki yang bersenjatakan pisau membunuh dua orang, termasuk seorang wanita warga Amerika Syarikat (AS), dalam satu serangan amuk di sini, semalam.

Insiden berlaku di sebuah pasar raya di pusat bandar Beijing, lapor agensi berita Xinhua yang memetik kenyataan polis tempatan hari ini.

Ekoran kejadian yang disaksikan oleh beratus-ratus orang yang sedang lalu-lalang itu, polis telah menahan seorang suspek, Xiao yang berumur 27 tahun dari timur China.

Suspek adalah seorang penganggur dan didakwa mempunyai masalah mental. Identiti mangsa bagaimanapun tidak didedahkan, tetapi seorang lagi mangsa adalah lelaki rakyat tempatan. - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment