My Add

Thursday 18 July 2013

Lelaki dituduh bunuh anak, isteri dirujuk kepada psikiatri

SIBU, RABU, 17 Julai, 2013: Seorang lelaki yang menghadapi tuduhan membunuh isteri, anak perempuan dan anak lelakinya akan dihantar ke Hospital Psikiatri Sentosa di Kuching untuk menjalani pemerhatian selama sebulan.

Hakim Mahkamah Sesyen Indra Abdul Ayup mengeluarkan perintah itu ketika Jacob Tiang Lay Yee dihadap ke mahkamah untuk sebutan kesnya hari ini.

Perintah itu dikeluarkan berikutan permohonan peguam kanan persekutuan Yaacub Chik agar kontraktor berusia 43 tahun itu menjalani rawatan psikiatri.

Tiang dituduh membunuh isterinya Ling Yung Ming, 40, anak perempuan mereka Christine, 14, dan anak lelaki mereka Victor, dua tahun, di kawasan perumahan Pulau Li Hua di sini bulan lepas.

Dia juga menghadapi tuduhan sementara cuba membunuh seorang lagi anak lelaki mereka Soon Tai, 17 dan cuba membunuh diri dengan menggantung diri menggunakan tali pinggang di rumahnya. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment