My Add

Thursday 18 July 2013

Mahkamah tolak permohonan bekas CEO Sime Darby

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 18 Julai, 2013: Bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Sime Darby, Datuk Seri Ahmad Zubair Murshid hari ini gagal dalam permohonannya untuk dilepaskan tanpa dibebaskan daripada dua pertuduhan pecah amanah.

Hakim Mahkamah Sesyen, Murtazadi Amran menolak permohonan itu atas alasan pertuduhan yang dihadapi Ahmad Zubair adalah tidak cacat.

Ahmad Zubair memohon supaya dia dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan itu atas alasan ia tidak berasas dan cacat.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Mushaimi memberitahu pemberita, Hakim Murtazadi dalam keputusannya berkata mahkamah mendapati pertuduhan itu tidak cacat berdasarkan dokumen yang dilampirkan untuk menyokong pertuduhan itu.

"Sehubungan itu, hakim berkata mahkamah perlu mendengar keterangan daripada saksi untuk menentukan sama ada pertuduhan itu cacat atau tidak," katanya.

Mahkamah menetapkan 23 Ogos ini untuk sebutan semula kes itu. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment