My Add

Friday 19 July 2013

Mangsa selesema burung di China lahirkan bayi
 
BEIJING, JUMAAT, 19 Julai, 2013: Seorang wanita China yang terpaksa dirawat di Unit Rawatan Intensif (ICU) selama lima minggu kerana menghidap virus selesema burung (H7N9), selamat melahirkan bayi perempuan yang disifatkan 'satu keajaiban'.

Qiu Yan, 25, yang lima bulan mengandung ketika dikesan dijangkiti virus pembunuh itu pada April lalu, ketika wabak berkenaan mula merebak di China.

Beliau ketika itu dalam keadaan 'yang sangat serius' dan memerlukan suntikan antibiotik, antiviral dan rawatan hormon, termasuk menjalani ujian x-ray dan terapi setiap hari, demikian lapor Global Times memetik doktor hospital berkenaan.

Qiu, dari Zhenjiang, Wilayah Jiangsu, adalah mangsa terselamat pertama di dunia yang melahirkan bayi.

“Paru-parunya teruk dijangkiti dan dia memerlukan alat bantuan untuk bernafas kerana dia mengalami kegagalan injap paru-paru," kata Dr
Sun Lizhou yang merawatnya.

Qiu dibenar keluar dari ICU pada Mei lalu tetapi tetap tinggal di hospital sehinggalah dia melahirkan bagi seberat 3.3 kilogram, semalam.
“Ia adalah ajaib," kata Dr Sun.

Kes pertama virus H7N9 yang menjangkiti manusia dilaporkan pada penghujung Marc lalu dan sehingga Jun lalu, seramai 132 penduduk di tanah besar China sudah dijangkiti manakala 43 lagi maut. - AFP/BH

No comments:

Post a Comment