My Add

Wednesday 17 July 2013

Marino langgar etika sebagai pemimpin agama

KUALA LUMPUR, SELASA, 16 Julai, 2013: Tindakan Duta Vatican City ke Malaysia, Biskop Joseph Marino menyentuh isu kalimah Allah secara jelas melanggar etika sebagai seorang pemimpin tinggi agama Kristian.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ini berikutan kenyataan Marino itu menunjukkan sikap beliau yang tidak menghormati sensitiviti umat Islam di negara ini.

Menurut beliau, tindakan itu juga tidak menurut prinsip sebagai seorang duta kerana Marino cuba menyentuh urusan dalaman negara ini yang membabitkan hal kepercayaan masyarakat Malaysia.

"Sebagai seorang ahli agama yang berstatus tinggi, beliau sepatutnya tidak mencampuri urusan tentang penggunaan kalimah Allah yang kini merupakan kes mahkamah.

"Ini menunjukkan beliau tidak menghormati kedaulatan undang-undang Malaysia kerana beliau sewenang-wenangnya melanggar batasan sebagai Duta Vatican City,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Marino dalam wawancara pertamanya dengan sebuah portal berita di negara ini pada Khamis lalu, menyokong pendirian gereja Katholik di Malaysia berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian di negara ini.

Mengulas isu sama, bekas Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Ellias Zakaria menegaskan, prinsip saling menghormati terhadap satu sama lain merupakan asas utama yang mesti dipatuhi dalam semua agama.

Beliau menjelaskan, hal itu amat ditekankan dalam agama Islam seperti yang dinyatakan dalam surah Al-Kaafirun ayat enam yang bermaksud 'Untukmu agamamu, dan untukku agamaku'.

"Dalam hal ini, Marino tidak menunjukkan tata susila yang tinggi kerana beliau berani menyentuh isu kalimah Allah dalam negara ini. Perlu ditegaskan kepada semua, kalimah Allah merupakan eksklusif untuk agama Islam dan tidak patut digunakan dalam mana-mana kitab agama lain,'' katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment